“Saya Hormati Pilihan Dan Mandat Rakyat” – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghormati pilihan dan mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semalam.

Meskipun Barisan Nasional (BN) tewas teruk semalam dengan hanya memperolehi 30 kerusi Parlimen, namun Ismail Sabri berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bera dengan majoriti 16,695 undi.

“Saya menghormati pilihan dan mandat yang telah diberikan.

“Terima kasih kepada semua pengundi yang menjalankan tanggungjawab mereka mengundi selaras dengan peruntukan perlembagaan.

“Semoga Malaysia terus kekal aman dan makmur,” tulis di Facebook miliknya.

Ismail Sabri menewaskan saingannya Abas Awang daripada Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Asmawi Harun daripada Perikatan Nasional (PN).

Ismail Sabri memperoleh 31,762 undi meninggalkan pencabarnya Abas Awang yang meraih 15,067 undi dan Datuk Asmawi Harun dengan 12,719 undi.

Ismail Sabri merupakan poster boy dan calon Perdana Menteri BN selepas PRU15, sepertimana mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada April lepas.

BBerkaitan

Latest articles