Sanusi Sahkan Angkat Sumpah MB Esok

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah bagi penggal kedua, dimana majlis angkat sumpah jawatan itu akan berlangsung esok.

Sanusi memaklumkan perkembangan itu di dalam Himpunan Mandat Rakyat di Kompleks Pas Kedah, malam tadi.

“Saya dijadualkan angkat sumpah esok,” katanya dalam ucapan sempena himpunan Mandat Rakyat.

Bukan itu sahaja,Muhammad Sanusi memberikan jaminan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam tidak akan terpalit dengan skandal rasuah.

“Saya beri jaminan mereka (ADUN PN) ini tidak menjadi kaya. Mereka tidak akan pernah terpalit dengan skandal rasuah,” kataya lagi.

Esok pagi, satu upacara mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar akan mengambil tempat di Istana Anak Bukit.

Menurut surat jemputan kepada media tempatan, majlis itu akan diadakan pukul 9 pagi esok.

BBerkaitan

Latest articles