KUALA LUMPUR: Cerita-cerita rekaan Rafizi Ramli kononnya keadaan ekonomi negara berada di tahap terendah dan membimbangkan tidak mampu membuatkan seluruh rakyat mempercayainya.
Perkara itu ditekankan veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad sambil menambah itulah kepakaran Timbalan Presiden PKR itu untuk menghasut rakyat.
“Tapi bukan semua orang tertipu. Kerana ramai yang faham pasal ekonomi dan kewangan.
“Macam mana nak mentadbir negara kalau asyik bercerita sekerat-sekerat sahaja?
“Sebab itu masa Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara, semuanya jadi tunggang-langgang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Terdahulu Rafizi giat membuat dakwaan rakyat di negara ini semakin tertekan dengan pentadbiran kerajaan sekarang memandangkan masalah ekonomi yang semakin meruncing.
Rafizi kini kembali aktif berpolitik sejak menang jawatan di dalam PKR, terutama dalam strategi memenangkan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15.