PRU15: PM harap pengundi Bera beri majoriti lebih tinggi untuk BN

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengundi di Parlimen Bera dapat memberi majoriti kemenangan yang lebih besar kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden UMNO itu berkata pada PRU14, majoriti diperolehnya sekitar 2,300 dan kali ini beliau berharap majoriti dapat mencecah sehingga 10,000 undi.

“Sebab perhatian seluruh negara sekarang ini tertumpu kepada Bera. Bera ini kawasan perdana menteri, kalau kita menang setakat 1,000 ke 2,000 maknanya teruk sangatlah. Selepas jadi perdana menteri, macam-macam kelebihan yang boleh dibawa ke Bera ini.

Antara lain, Ismail Sabri berkata manifesto itu akan menggariskan berita baik untuk pengundi baharu dan golongan muda.

“Seperti tadi saya berjumpa kumpulan riders, lebih kurang 3,000 lebih riders dari Bera, mood yang sama, kalau inilah gelombangnya, saya percaya orang muda akan bersama BN,” katanya.

— BERNAMA

BBerkaitan

Latest articles