PRN Melaka: Keluar Mengundi Capai Sasaran 70 Peratus

MELAKA: Sasaran 70 peratus keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berjaya dicapai apabila seramai 472,015 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka setakat jam 5.50 petang ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, Serkam muncul kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan peratusan keluar mengundi tertinggi sebanyak 79.71 peratus.

Ia diikuti Ayer Molek dengan 79.29 peratus dan Tanjung Bidara sebanyak 76.54 peratus.

Sebaliknya, Bandar Hilir merekodkan peratusan keluar mengundi paling rendah iaitu 57.67 peratus, diikuti Kota Laksamana (62.71 peratus) dan Sungai Udang (63.59 peratus).

Pencapaian itu turut menunjukkan peningkatan berbanding PRN Melaka pada 2021, yang mencatatkan peratusan keluar mengundi akhir sebanyak 65.9 peratus.

Pusat pengundian di semua 28 kawasan DUN dijadualkan ditutup pada jam 6 petang ini.

Keputusan rasmi pertama PRN Melaka dijangka diumumkan sekitar jam 9.30 malam, manakala keputusan penuh dijangka diketahui menjelang 12.30 tengah malam.

PRN kali ini menyaksikan seramai 669,211 pengundi berdaftar layak memilih wakil rakyat masing-masing, susulan pembubaran DUN Melaka pada 23 September lalu.

BBerkaitan

Latest articles