KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedia untuk dicabar (ready to fight), berkenaan kedudukannya sebagai presiden, kata Khairy Jamaluddin.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu berkata, kesediaan itu dinyatakan sendiri oleh Ahmad Zahid ketika mereka terserempak di Perhimpunan Agung UMNO (PAU2022), di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.
“Beliau beritahu bahawa beliau ‘ready to fight’ bermakna beliau bersedia untuk berdepan dengan sebarang cabaran dalam pemilihan UMNO.
“Maksudnya presiden sendiri berani,” katanya.
Justeru itu, Khairy mengingatkan agar jangan ada ‘tangan ghaib’ yang cuba menutup demokrasi dalam UMNO.
“Beliau sebut kepada saya ‘ready to fight’ maknanya jangan ada sebarang usaha untuk menutup demokrasi dalam UMNO dengan usul supaya jawatan timbalan presiden dan presiden tidak dipertandingkan.
“Jika itu berlaku ia jela bertentangan dengan keberanian presiden sendiri,” ujar beliau.
Pada masa sama, Khairy turut menyuarakan rasa hormat terhadap Ahmad Zahid kerana sedia bertanding dalam pemilihan UMNO.
Beliau turut meminta agar semua jawatan dipertandingkan.
“Let’s be brave, buka ruang untuk demokrasi dalam UMNO.