Polis Sahkan Penemuan Rangka Manusia Terlantar di Kepong

Sentul – Polis Daerah Ini mengesahkan penemuan rangka manusia di sebuah apament di Kepong seperti yang tular di Media Sosial bar-baru ini

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata pihaknya telah menerima laparan berkenaan pada 5 September yang lalu

Katanya seorang individu telah membuat laporan bahawa beliau telah pergi ke kediaman Mutiara Magna Kepong untuk berjumpa ayahnya dan apabila sampai di rumah berkenaan pintu dalam keadaan berkunci.

Pengadu yang telah memecahkan pintu rumah tersebut dan melihat ayahnya telah meninggal dunia dalam keadaan hanya tinggal rangka.

Ayah pengadu tinggal berseorangan selepas bercerai dengan ibu pengadu. Kali terakhir pengadu hubungi ayahnya pada tahun 2020 katanya ketika dihubungi Tri Hari ini.

Menurut Ahmad Sukarno lagi, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai SDR mati mengejut dan pihaknya telah menyerahkan kepada keluarga allahyarham untuk diuruskan.

Dipercayai, individu berkenaan mempunyai sakit darah tinggi dan pernah mengalami serangan strok

Sebelum itu tular foto penemuan rangka manusia serta maklumat mengenai mangsa yang tinggal seorang diri dan turut mengajar anak-anak mengaji.

Tidak siapa yang tahu bila mangsa meninggal di dalam empat tahun ini.

Komuniti pun xsedar, beliau pernah maklum dgn org surau yg hajat nk balik ke kampung, dengan makluman trsebut rakan dan org surau beranggapan arwah berehat panjang di kampung halaman tulis mesej yang tersebar berkenaan

BBerkaitan

Latest articles