Polis Buru Kuntilanak Ganggu Anggota Di Ops Covid-19

BUNYI tangisan wanita seakan ‘kuntilanak’ menangis dipercayai tindakan tidak bertanggungjawab segelintir individu yang cuba menakut-nakutkan orang awam dan petugas yang sedang menjalankan sekatan jalan raya Op Covid-19 di Jalan Tenom-Sipitang.

Portal Harian Metro melaporkan Kejadian itu dipercayai berlaku jam 10.30 malam kelmarin ketika lima anggota terdiri daripada tiga polis dan dua anggota Rela sedang menjalankan Op Covid-19.

Anggota polis dan Rela yang sedang bertugas terdengar bunyi tangisan wanita dan cuba mengesannya namun beberapa saat bunyi hilang.

Kejadian itu sempat dirakam anggota petugas sehingga tular di media sosial dan ramai mendakwa itu adalah tangisan makhluk halus.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid berkata, bunyi yang dikatakan makhluk halus itu tidak wujud dan perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan oleh individu yang cuba menakut-nakutkan pihak berkuasa.

“Lokasi itu memang benar di Jalan Tenom – Sipitang namun bunyi tangisan wanita itu adalah bunyi yang diambil daripada Youtube ‘Kuntilanak menangis’.

“Sama ada mereka cuba menakut-nakutkan ataupun cuba bergurau. Namun polis akan menyiasat perkara itu,” lapor portal itu lagi.

Hasan berkata, pagi tadi, sepasukan polis menjalankan pemeriksaan berhampiran lokasi itu dan menemui satu lokasi di atas bukit yang baru ditebas.

“Kita percaya juga suara wanita menangis itu diambil dari Youtube dan dimainkan dari lokasi berkenaan melalui pembesar suara atau telefon bimbit mereka.

“Oleh itu, orang ramai tidak perlu bimbang dan kita bagi amaran supaya menghentikan perbuatan itu dan polis akan menjalankan siasatan untuk kesan pelakunya.

“Jika didapati pelakunya kita akan disiasat mengikut Seksyen 189 Kanun Keseksaan dan dihukum dengan penjara selama tempoh boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya dan Peraturan 11 (1) Peraturan – Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah – Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No.4) 2020, boleh dihukum dengan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Ada Pegawai, Anggota Polis Lindungi Premis Judi Di Sungai Buloh – Bukit Aman

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu pejabat polis Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya mengesahkan pihaknya menerima maklumat ada di kalangan pegawai dan...

Menteri Agama Harap RUU355 Dapat Direalisasi Sebelum Mati

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad berkata ada beberapa proses yang perlu dilalui dengan melibatkan beberapa pihak sebelum...

Guna saluran tepat lapor kegiatan jenayah – Hamzah

SUNGAI BULOH, 10 Ogos  -- Orang awam disaran menggunakan saluran yang tepat dalam melaporkan sebarang kegiatan jenayah termasuk perjudian haram bagi mengelak keselamatan diri diancam, kata Menteri...

Guna Logo Dacing Untuk PRN Sabah, PRU15 – Pemuda Umno

Barisan Nasional (BN) dan rakan kerjasamanya iaitu PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dicadang untuk menggunakan logo rasmi 'dacing' untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri...

Anifah Gesa Musa Beri Laluan Kepada Muka Baru

Meskipun mengakui sumbangannya sepanjang menjadi ketua menteri Sabah, namun Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman berpendapat sudah tiba masa untuk abangnya,...