PM Ucap Takziah Atas Pemergian Ibu Wan Azizah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan takziah atas pemergian ibu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Bagi pihak Keluarga Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada Dr Wan Azizah dan keluarga atas pemergian bonda tercinta, Datin Mariah Khamis.

“Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah,” demikian memetik ciapan Twitter Ismail Sabri pagi ini.

Dimaklumkan solat jenazah dijadualkan pada jam 11.30 pagi ini di Masjid Al Mustaqim, Ampang.

BBerkaitan

Latest articles