PH Tak Setuju Dr Mahathir Jadi PM Lagi?

Dikatakan Pakatan Harapan + atau PH Plus kini sudah mempunyai nama untuk dicadangkan sebagai perdana menteri dan hal itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun gabungan pembangkang itu menolak Dr Mahathir, yang sekali lagi menawarkan diri untuk menjadi perdana menteri sekali lagi, termasuk mencadangkan jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memetik laporan Sinchew Daily, sebaliknya PH Plus mahu menamakan Anwar sebagai perdana menteri dan Dr Mahathir sebagai Menteri Mentor, sama seperti peranan dipegang Lee Kuan Yew di Singapura.

Keputusan berkenaan nama calon perdana menteri itu, menurut sumber akan dimuktamadkan di dalam mesyuarat PH Plus yang akan diadakan kelak.

Namun isu mengenai siapakah yang akan dicalonkan sebagai timbalan menteri, sumber yang sama memberitahu ia tidak dibincangkan dalam mesyuarat terdahulu.

“Biasalah, kami perlu berunding tentang syarat-syaratnya sebelum pelantikan dibuat

“Esok (Selasa), kami akan serah kepada lima pemimpin PH+ untuk berbincang dan mengumumkannya.

“Ya, PKR, DAP dan Amanah menyokong Anwar sebagai PM, tetapi PH sekadar mempunyai 91 kerusi dan kami perlu berbincang dengan parti lain untuk mencapai sasarannya,” kata sumber kepada Sinchew Daily.

Jelas sumber lagi, hal berkaitan calon PM kerap bertangguh kerana keinginan Dr Mahathir untuk memegang jawatan itu selama enam bulan.

Malah sumber tersebut tidak menolak kemungkinan hasil mesyuarat akan datang mungkin di luar jangkaan sekiranya Dr Mahathir dan Anwar tidak mahu bertolak ansur.

“Jika rundingan tidak berhasil, maka ia bermakna Anwar dan Dr. Mahathir masing-masing perlu bertindak secara persendirian untuk mendapat sokongan 112.

“Keadaan politik di Sabah mula menunjukkan tanda-tanda tidak stabil. Adakah Mohd Shafie akan bertukar menyokong Anwar untuk menghadapi keadaan ini?

“Keadaaan juga sama untuk GPS di Sarawak, bukannya tidak mungkin jika mereka beralih menyokong Anwar,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles