PH Hanya Ada 107 Sokongan Ahli Parlimen

Setelah berteka-teki berkenaan jumlah sokongan, Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya pada hari ini memaklumkan mereka hanya mendapat 107 sokongan ahli-ahli parlimen.

Perkara itu didedahkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi siaran langsung di Facebooknya petang tadi.

Terlebih dahulu Anwar menyentuh beberapa perkara yang dibincangkan menerusi mesyuarat PH dan sekutunya di ibu pejabat PKR, petang semalam.

Mesyuarat itu dihadiri oleh bekas pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal serta pemimpin-pemimpin parti politik yang lain.

“Kita berkumpul dan kita capai satu persetujuan. Apa pun strategi harus bersama. Pembangkang harus teguh dengan pendirian mereka.

“Sekarang ini 107 (sokongan) dalam kumpulan ini. Dan kita akan mara ke depan dalam satu pasukan untuk pastikan mandat rakyat dihormati.

Selain usaha kembali menjadi kerajaan selepas tumbang 22 bulan mentadbir negara, mesyuarat semalam itu juga turut membincangkan soal calon jawatan perdana menteri.

Untuk rekod, ketika Dr Mahathir menjawat jawatan perdana menteri selepas kemenangan PH pada PRU14 yang lalu, desakan untuk peralihan kuasa kepada Anwar telah beberapa kali disuarakan kepada Dr Mahathir.

Isu itu juga, antaranya, menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan PH pada Februari lalu.

BBerkaitan

Latest articles