Penjawat Awam Gred 11 Sehingga 56 Nikmati Kenaikan Gaji RM100

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberikan Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56.

Bukan itu sahaja, seramai 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah akan diberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700.

Manakala bantuan tunai sebanyak RM350 pula akan diberikan kepada satu juta pesara kerajaan.

“Kerajaan Perpaduan ini amat berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” kata Anwar ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2002.

RUU itu membenarkan perbelanjaan sebanyak RM107,718,678,650 dikeluarkan bagi perkhidmatan kerajaan untuk sebahagian tahun 2023.

Sementara itu, kerajaan akan menyediakan tawaran 50,000 peluang kerjaya secara kontrak pada 2023.

Anwar berkata, daripada jumlah itu 35,000 peluang pekerjaan disediakan oleh syarikat berkaitan kerajaan melalui program MySTEP.

Katanya, penyediaan peluang pekerjaan itu didorong oleh pelaksanaan program yang mengiktiraf gaji antara RM1,500 hingga RM2,100.

BBerkaitan

Latest articles