Penjarakan Sosial, Tidak Bersentuhan, Normal Baharu Lebih Selesa Sebenarnya

Masa dulu, untuk naik LRT ada dua kesusahan, satu masa beratur dan kedua masa di dalam tren yang memang sesak dan kita berhimpit-himpit. Dengan normal baharu, kesusahan mungkin masa beratur itu pun masih selesa sebab ada penjarakan sosial, kita ada ruang sendiri.

Masa beli-belah, dulu boleh masuk je pasaraya bila-bila masa pun, tapi di dalam penuh orang, bila hendak beratur ramai orang akan berasa tidak selesa oleh kerana keadaan terlalu sesak.

Normal baharu ini di kaunter urusan juga selesa, tempat menunggu pun jarak 1 meter. Untuk kaum wanita, mungkin akan rasa lebih selesa sebab jauh dari kaum lelaki dan tidak bersentuhan. Di dalam gerabak atau di mana-mana akan kurang risiko bersentuhan.

Kalau semuanya selesa, kita sama jaga normal baharu ini sehingga wabak Covid-19 benar-benar sudah tidak ada lagi. Dan mungkin selepas itu, jika apa yang kita amalkan ini kita dah serasi dan selesa, kita kekalkan dan semua orang akan selesa.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan kelonggaran untuk membuka sektor ekonomi pada 1 Mei lepas, juga menyatakan bahawa orang ramai perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk menghindari jangkitan wabak berkenaan dari naik mendadak.

Kelonggaran ini diberikan dibawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan hari pertama semalam berjalan dengan lancar dengan orang ramai mematuhi SOP, menjaga kebersihan dan menjaga jarak sosial antara satu sama lain.

Normal baharu di dalam gerabak tren.

Mungkin cara kita bersantai sudah tidak sama lagi, kita masih belum boleh bercuti ke mana-mana, kita masih tidak dibenarkan menonton wayang, menyanyi di pusat karaoke atau berurut di pusat refleksologi, kita juga masih belum boleh menonton perlawanan bola sepak dan kita juga masih tidak boleh berhimpun beramai-ramai.

Bagaimanapun, perkara itu akan diberikan perhatian oleh kerajaan dan pembukaan sektor serta aktiviti sosial suda dijelaskan akan dijalankan secara berperingkat.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kepatuhan orang ramai serta disiplin amat penting bagi mencapai matlamat untuk memutuskan rantaian jangkitan penyakit berkenaan dalam komuniti.

Beliau turut menyeru orang ramai agar mengamal serta membudayakan kelaziman baharu dalam kehidupan seharian bagi mencegah penularan pandemik maut itu di negara ini.

“Kita perlu mengamalkan dan membudayakan kelaziman baharu dalam kehidupan seharian kita seperti penjarakan sosial, mengelak (mengadakan dan menyertai) perhimpunan, pastikan sentiasa basuh tangan dengan air dan sabun serta sangat digalakkan memakai penutup mulut dan hidung di tempat awam.

“Ini adalah tanggungjawab sosial dan kita perlu menjaga diri sendiri, keluarga serta komuniti. Sila duduk rumah jika tiada urusan penting di luar,” katanya dalam satu pesanan khidmat masyarakat yang disiarkan oleh semua stesen televisyen tempatan.

Siapa tahu? Jika semua amalkan SOP normal baharu ini dan semua orang boleh selesa dan serasi, yang mana baik akan dikekalkan dan akan disesuaikan mengikut keunikan budaya negara ini pada masa akan datang. – TRI

BBerkaitan

Latest articles