Port Dickson : Kerja pembinaan jambatan baharu di Kampung Sawah Sunggala telah mencapai kira-kira 85 peratus, sekali gus melegakan penduduk yang menantikan penyelesaian sejak jambatan lama runtuh.
Penduduk kampung, Mohd Faiz bin Hamzah berkata, isu jambatan runtuh itu sebelum ini dibangkitkan menerusi aduan kepada pihak berkaitan kerana kemudahan tersebut penting untuk keselamatan dan urusan harian penduduk katanya kepada Rakyat Insight.
Menurutnya, projek baik pulih dan naik taraf jambatan itu mendapat kelulusan dalam tempoh singkat selepas aduan dikemukakan. Kerja pembinaan kini giat dilaksanakan dengan baki kira-kira 15 peratus untuk disiapkan.
Mohd Faiz turut merakamkan penghargaan kepada YB Datuk Faizal atas tindakan pantas beliau menyusuli aduan penduduk sehingga kerja pembinaan dapat dilaksanakan.
Beliau berharap baki kerja berjalan lancar supaya penduduk dapat menggunakan jambatan baharu itu untuk perjalanan harian dengan lebih selamat katanya.










