Pembangkang Perlu Terus Runding Isu Peruntukan Kawasan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kesemua ahli-ahli Parlimen pembangkang meneruskan lagi sesi rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri Kedua, Datuk Seri Fadillah Yusof berkenaan permohonan peruntukan untuk kawasan mereka.

Ujarnya, perbincangan mengenai peruntukan itu perlu diperincikan bagi mencapai kata putus.

“Bincang dengan TPM, Datuk Seri Fadillah Yusuf,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, hari ini.

Mengulas dakwaan pembangkang ada pelbagai syarat ditetapkan

Anwar, dalam pada itu hanya menjawab ringkas dakwaan pembangkang berhubung syarat peruntukan itu sebagai belum dibincangkan.

Dakwaan berkenaan timbul setelah Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa pembangkang tidak akan meneruskan permohonan peruntukan Ahli Parlimen kerana mendakwa syarat yang diminta kerajaan tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Beliau berkata, sudah dua kali bertemu Fadillah berhubung perkara tersebut.

“Apa yang diminta daripada TPM2 ini ialah supaya pihak pembangkang menulis surat kepada mereka memberikan jaminan tertentu dan sebagainya,” katanya dalam sidang media semalam.

Takiyuddin berkata, kepemimpinan blok itu sudah berbincang dan bersetuju bahawa syarat yang dikenakan kepada mereka itu tidak sepatutnya berlaku.

Bahkan tindakan perlu menghantar surat seolah-olah memohon dan perlu pula memberi aku janji tertentu.

BBerkaitan

Latest articles