Pembangkang Dikritik Enggan Bincang Peruntukan, Mahu Terus ‘Sain’

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan hari ini mengamalkan kaedah yang sama seperti kerajaan terdahulu, dimana setiap pemberian peruntukan mesti melalui perbincangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ahli Parlimen pembangkang sebagai sombong kerana menuntut peruntukan wakil rakyat tetapi enggan berbincang dengan kerajaan bagi merealisasikan perkara itu.

Jelas Anwar, kerajaan melantik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bagi membincangkannya dan kaedah itu sama seperti ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga memberitahu ketika mereka di blok pembangkang suatu ketika dahulu juga mengadakan perbincangan dengan kerajaan sehingga ia disalurkan selepas perjanjian keyakinan dan pembekalan (CSA) ditandatangani.

“Ini tak payah sain dan bincang…kata ini hak kami, ini bukan hak Ahli Parlimen.

“Runding setuju kita luluskan, kalau tak sampai bila-bila pun kita tak luluskan.

“Runding jangan sombong dan angkuh tuntut,” kata Anwar dalam penggulungan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkata kerajaan secara dasar bersedia memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Bagaimanapun ia hanya membabitkan perbelanjaan berkaitan hal pentadbiran.

Rundingan berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang berkenaan sedang dilakukan Fadillah.

Fadillah pula dilaporkan berkata, kerajaan tidak menetapkan sebarang syarat kepada Perikatan Nasional (PN) bagi membolehkan agihan peruntukan disalurkan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Beliau yang ditugaskan berunding bersama wakil pembangkang berhubung isu itu, dilaporkan berkata, kerajaan hanya mahu pembangkang mengemukakan tawaran rasmi dalam urusan itu seperti yang dilakukan ketika pentadbiran kerajaan diketuai Ismail sebelum ini.

BBerkaitan

Latest articles