Pemandu Langgar Lari Pelajar Sampai Maut Akan Disiasat

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat kematian seorang pelajar 17 tahun dilanggar lari berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru, tengah hari tadi.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu dan dalam proses memanggil saksi untuk membantu siasatan.

“Kita telah dapat laporan daripada beberapa saksi. Pegawai saya akan panggil saksi berkenaan dan buat siasatan lebih lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, untuk proses bedah siasat dan pihaknya sedang menunggu laporan bedah siasat untuk proses pertuduhan.

Terdahulu, tular hantaran di Facebook mengenai kejadian dekat SMK Jati memaparkan gambar pelajar lelaki yang didakwa dilanggar sebuah kereta.

BBerkaitan

Latest articles