Pelajar Orang Asli Terkesan Dalam Pembelajaran Kerana Capaian Internet Yang Lemah

Kesukaran mendapatkan akses kemudahan internet di kawasan kampung semakin membimbangkan apabila ada pelajar yang dapat mengikuti kelas secara atas talian agak lewat berbanding waktu yang ditetapkan.

Menurut laporan portal Utusan Malaysia, keseluruhan pelajar di Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Carey di Kuala Langat.

Portal berkenaan memetik seorang daripada pelajarnya S Jerika yang berkata dia dan rakan sekelasnya selalunya lambat menerima bahan untuk pembelajaran yang disampaikan melalui Whatsapp kerana kelajuan internet yang lemah.

“Cikgu selalu tanya saya dan rakan-rakan lain sama ada sudah terima bahan tersebut atau tidak.

“Namun, kami sentiasa dapat lewat kerana akses internet sangat lemah menyebabkan sesi kelas akan lambat bermula kerana cikgu nak pastikan semua pelajar dapat bahan tersebut,” katanya ketika ditemui di Kampung Orang Asli Kampung Bumbum, Pulau Carey, menurut laporan portal berkenaan.

BACA JUGA – Bos Sindiket Dadah Terbesar Negara Didakwa Bersama 4 Yang Lain

Menurut Jerika, dia tidak juga cuba mencari liputan di luar rumah kerana bimbang keselamatan dirinya.

“Selain itu, di rumah apabila ayah keluar bekerja, saya akan menggunakan telefon pintar ibu untuk mengikuti kelas dalam talian kerana keluarganya tidak berkemampuan untuk membeli telefon pintar baharu,” ujarnya.

Sementara itu, ayah kepada Jerika, A. Samri, 46, berkata, pendapatannya sebagai seorang tukang ukir sebanyak RM1,000 sebulan menghalangnya untuk membeli telefon pintar untuk anak bongsunya mengikuti kelas dalam talian.

Namun katanya, isterinya membenarkan Jerika menggunakan telefon pintarnya memandangkan dia jarang menggunakannya.

“Kita berharap kerajaan untuk memasang pencawang internet supaya penduduk di sini dapat capaian akses internet lebih baik.

“Buat masa ini, para pelajar amat memerlukan akses internet yang lancar kerana mereka amat memerlukannya supaya kelas dalam talian boleh dijalankan dengan sistematik,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Sebaran intipati Mesyuarat MPT Bersatu palsu – Hamzah Zainudin

KUALA LUMPUR, 6 Mac  - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini menyatakan maklumat yang didakwa intipati Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada...

Dua Bekas ADUN DAP Sertai BERSATU

Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Perak hari ini menyertai BERSATU. Perkara itu dimaklumkan Setiausaha BERSATU Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin. Mereka adalah ADUN...

Bayaran Ujian Pengesanan COVID-19 Dikecualikan Untuk 18,600 Pelajar IPT

Kerajaan mengecualikan fi atau bayaran ujian pengesanan COVID-19 untuk sejumlah 18,600 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari Sabah, Sarawak, Labuan dan Semenanjung yang tergolong...

Putusnya Hubungan UMNO-BERSATU Ada Implikasi Besar

BERSATU berpandangan bahawa pendirian UMNO untuk tidak lagi bekerjasama akan memberi kesan besar terhadap kedua-dua parti itu pada masa hadapan. Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri...

Setahun Usia PN, BERSATU Seru Stabilkan Gagasan

BERSATU melihat tempoh setahun selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah berjaya memperlihatkan semangat kerjasama di antara parti-parti yang terlibat. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah...