PEJUANG, PCM Diterima Anggota Baharu PN

​KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) bersetuju meluluskan permohonan dua parti politik, iaitu Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) untuk menyertai gabungan itu sebagai parti anggota yang baharu.

​Pengerusi Perikatan Nasional, Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ketetapan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang diadakan pada Isnin.

​”Mesyuarat bersetuju meluluskan permohonan dua parti politik untuk menjadi parti anggota Perikatan Nasional yang baharu iaitu Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) dan Parti Cinta Malaysia (PCM),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

​Selain isu keanggotaan parti, Ahmad Samsuri berkata mesyuarat tersebut turut membincangkan persediaan mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

​Menurut beliau, kepimpinan tertinggi gabungan itu telah mencapai konsensus untuk memuktamadkan pembahagian kerusi bagi pilihan raya negeri berkenaan dalam masa terdekat.

​”Mesyuarat bersetuju untuk memuktamadkan agihan kerusi melalui Jawatankuasa Rundingan Kerusi dalam tempoh segera,” jelasnya lagi.

BBerkaitan

Latest articles