Peja Nafi ‘Ajak’ Isteri Orang Masuk Tandas

KUALA LUMPUR: Sejak awal hari ini tular satu salinan laporan polis mengaitkan gangguan seksual dilakukan oleh Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terhadap seorang wanita.

Laporan polis dibuat wanita yang juga berstatus isteri orang fan berusia 37 tahun itu pada 24 Julai lalu.

Kandungan laporan itu menyebut mangsa diganggu Faizal yang berkata “wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet” dalam kejadian di sebuah pejabat di Plaza Damas.

Berang dengan kejadian itu dan atas nasihat suami, wanita berkenaan membuat laporan di Balai Polis Hartamas pada 2.20 petang tadi.

Dalam pada itu Faizal, menerusi satu kenyataan di Facebook menafikan kejadian berkenaan.

“Saya dimaklumkan laporan tular itu mengaitkan nama saya dan beberapa tuduhan yang dibuat oleh individu tersebut terhadap saya.

“Dalam laporan polis, saya mengesahkan bahawa tuduhan-tuduhan ini adalah tidak benar sama sekali dan saya percaya ada elemen hasutan jenayah dan fitnah terbabit dalam laporan ini,” katanya.

Faizal memaklumkan kepada polis pada hari dan waktu yang disebut dalam laporan itu, beliau berada di Negeri Sembilan dan ramai saksi boleh mengesahkan kehadirannya.

“Saya mempunyai kepercayaan penuh kepada polis dalam menjalankan siasatan dan seterusnya menolak laporan palsu tersebut. Saya juga berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat.

“Saya harap dalam tempoh berkempen ini, kita hanya berbicara tentang politik dan polisi yang boleh memajukan negara. Serangan berbentuk peribadi ini tidak memberikan sebarang manfaat dan hanya membazirkan masa dan sumber pihak berkuasa,” katanya.

Dalam pada itu, media pada hari ini melaporkan Ketua Polis Brickfields, Amihizam Abdul Shukor, mengesahkan laporan dibuat seorang wanita terhadap Faizal ditarik balik pengadu pada hari sama ia dibuat.

BBerkaitan

Latest articles