Peja Kena Letak Jawatan Kalau PN Mahu Tawan Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) dikritik oleh beberapa pimpinan Negeri Sembilan kerana didakwa mengambil sikap sambil lewa jika benar-benar mahu menawan negeri berkenaan.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha menuntut Datuk Seri Ahmad Faizal Azumunsegera meletak jawatan sebagai Ketua PN Negeri Sembilan kerana didakwa “tidak lagi berminat” menerajuinya.

Memetik laporan FMT, Timbalan Ketua PN Negeri itu mendakwa Faizal tidak memainkan peranan sebaik mungkin selepas PRN berakhir Ogos lalu.

Untuk rekod pada PRN lalu, PN hanya menang lima daripada 36 kerusi ditandingi iaitu di Paroi, Bagan Pinang, Serting, Gemas dan Labu.

Selain Rafiei, seorang lagi pemimpin Bersatu negeri menyuarakan pandangan yang sama, selain berkata Faizal dibebani pelbagai tanggungjawab antaranya timbalan presiden Bersatu yang memerlukannya bergerak di peringkat nasional.

Ketua Bersatu Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith menegaskan ramai lagi pemimpin di Negeri Sembilan boleh menggalas tanggungjawab itu.

“PN Negeri Sembilan tidak boleh dipandang mudah kalau betul-betul serius nak melawan atau nak perkukuhkan.

“Kita tak boleh sambil lewa, kalau dari awal lihat Faizal ini dibebankan tanggungjawab yang banyak macam itu dan dia tak boleh, bagilah orang yang mampu,” katanya.

Beliau turut menamakan dua pengganti boleh mengisi jawatan itu jika Faizal bertindak mengosongkannya iaitu Ketua Bersatu Jelebu Rais Yatim atau Adun Labu Mohamad Hanifah Abu Baker.

BBerkaitan

Latest articles