PAS Masih Dambakan BN, Kata Anthony

KUALA LUMPUR: Meskipun bergabung dalam satu payung, namun ia masih tidam dapat menafikan bahawanPerikatan Nasional (PN) sedang berdepan dengan kecelaruan dalaman.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mendakwa hal itu dapat dilihat apabila beberapa pemimpin utama PN dilihat tidak sehaluan.

Malah kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan juga membuktikan harapan parti itu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Saya rasa apa yang dikatakan oleh Takiyuddin itu memang hasrat mereka, cuma dari segi taktikalnya telah buat silap, sebab itu Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa menafikannya,” katanya pada sidang media di Restoran Roti Canai 17, Taman Kajang Raya, hari ini.

Semalam media melaporkan Takiyuddin mendedahkan parti itu akan bergabung dengan (BN) pasca PRU15 jika pihaknya tidak dapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Susulan itu, Muhyiddin menegaskan, tujuan gabungan parti itu bertanding pada PRU kali ini adalah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bekerjasama dengan BN atau PH.

Malah, beliau juga tidak pernah memberi mandat kepada Takiyuddin untuk berunding dengan BN bagi membentuk kerajaan selepas PRU15.

BBerkaitan

Latest articles