PAS Akhirnya Pilih Bersatu, PN

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hari ini memuktamadkan untuk ia benerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi Pilihan raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata pendirian itu diambil atas dasar ummah.

Terdahulu mesyuarat itu berlangsung selama empat jam bermula 10 pagi tadi, dengan turut memuktamadkan perbincangan kerusi di negeri dengan PN.

“Senarai calon daripada negeri perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama,” katanya menerusi kenyataan dalam Facebooknya, petang ini.

Abdul Hadi menyiarkan keputusan mesyuarat dalam akaun Facebooknya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS juga mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah.

BBerkaitan

Latest articles