​Hentikan Drama, Filem Promosi Buli Atas Alasan ‘Pengajaran’ – Asyraf Wajdi

​KUALA LUMPUR: Semua pihak digesa menghentikan segera penerbitan serta penayangan sebarang bentuk drama atau filem yang secara tidak langsung mempromosikan gejala buli.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, alasan kononnya paparan aksi kekerasan itu dibuat untuk memberikan ‘pengajaran’ kepada masyarakat adalah tidak wajar, memandangkan ia akhirnya membawa kepada kesan negatif yang lebih ketara terhadap sahsiah golongan muda.

​”Hentikanlah segala bentuk drama/filem yang mempromosikan BULI secara tidak langsung atas nama ‘pengajaran’ yang akhirnya membawa kepada perlakuan ‘copycat’ dikalangan anak muda berlagak kapla, taiko, otai dan lain-lain,” katanya dalam hantaran di media sosialnya pada Sabtu.

​Beliau berkata paparan sedemikian mencetuskan fenomena ‘copycat’ (meniru aksi) di kalangan remaja.

“​Keadaan ini dikhuatiri mendorong golongan muda terikut-ikut dengan watak samseng sehingga berlagak seperti ketua gengster, ‘kapla’, ‘taiko’, atau ‘otai’ di institusi pengajian mahupun dalam komuniti,” jelasnya.

​Sehubungan itu, penggiat seni dan pihak industri penyiaran diseru agar lebih bertanggungjawab dalam menghasilkan karya kreatif agar mesej yang disampaikan benar-benar membina, bukannya menormalisasikan budaya kekerasan yang merosakkan masa depan generasi muda negara.

BBerkaitan

Latest articles