Lagu kebangsaan, Negaraku berkumandang buat kali pertama di Sukan Paralimpik 2020, apabila jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin berjaya memenangi emas sebentar tadi.
Bonnie yang berjaya mengangkat 228 kg meninggalkan jauh pencabarnya di tempat kedua Attia Mahmoud (191 kg) , dan tempat ketiga Yule Micky – (182 kg)
Bonnie juga berjaya memecahkan rekod Paralimpik pada angkatan ketiga dengan angkatan 228kg yang dahulunya dipegang oleh Rasool Mohsin (IRQ) dengan angkatan 227kg.
atlet berusia 22 tahun yang diletakkan sebagai piihan utama bagi memenangi emas berdasarkan prestasi semasa selain menghuni ranking nombor satu dunia dan statusnya sebagai pemegang rekod dunia bagi kategori berkenaan dengan angkatan 230kg.