KUALA LUMPUR: Parti BERSAMA Malaysia memutuskan untuk merehatkan Nik Nazmi Nik Ahmad daripada semua aktiviti rasmi parti selama tiga bulan, berkuat kuasa 20 Oktober ini hingga 19 Januari 2027.
Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh BERSAMA pada Sabtu, oleh Syukri Rezab.
Menurut kenyataan itu, keputusan tersebut dibuat susulan pengakuan Nik Nazmi berhubung penglibatan beliau dalam satu kes yang tersebar baru-baru ini.
BERSAMA memandang serius perkembangan berkenaan dan menegaskan bahawa setiap isu membabitkan kepimpinan serta anggota parti perlu ditangani dengan sewajarnya.
Menurut parti itu, langkah berkenaan perlu bagi memelihara integriti, kredibiliti dan keyakinan masyarakat terhadap organisasi tersebut.
“BERSAMA berpendirian bahawa keputusan ini adalah perlu dan munasabah, tanpa menafikan segala sumbangan dan komitmen Saudara Nik Nazmi kepada perjuangan BERSAMA sejak parti ini dilancarkan semula pada Mei 2026,” menurut kenyataan itu.










