Netizen Kongsi Gelagat PdPR

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi pelajar dan murid di seluruh negara dilihat bukan sahaja membawa cabaran kepada ibu bapa, malah guru dan pelajar juga terpaksa berdepan dengan pelbagai isu.

turut tular ketika ini gelagat beberapa orang guru yang sedang melaksanakan program PdPR yang dilakukan demi untuk memastikan pembelajaran dapat diteruskan walaupun dengan kekangan untuk bertemu muka ekoran penularan wabak covid-19 ini.

Dalam pada itu bagi pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah di Selangor, Syakir Fazly, 15, cabaran belajar di rumah yang dihadapi ialah, adik-adiknya sering membuat bising dan mengganggu ketika dia mengikuti kelas secara dalam talian.

“Sukar untuk saya dengar suara cikgu dan pelajar lain. Kalau pelajar ada soalan hendak tanya soalan pun, cikgu hanya teruskan mengajar sahaja kerana tidak dengar soalan dan suara pelajar. Selain itu tidak semua yang cikgu ajarkan dapat difahamkan dengan jelas, kerana skrin telefon bimbit kecil. Pautan yang diberikan cikgu selalu sukar untuk diakses dan tersekat-sekat,” katanya.

Seorang ibu. Shahidah Musa, lewat 30-an, pekerja swasta yang mempunyai anak yang bersekolah di Tahun Satu dan Dua di Selangor pula berkata, ada guru yang tidak konsisten dan bertukar-tukar platform media sosial dan medium, dalam mengendalikan PdPR.

“Ada masa gunakan platform WhatsApp, kemudian bertukar Telegram. Medium pembelajaran juga berubah-ubah, dari aplikasi Zoom ke Google Meet dan panggilan video. Selain itu waktu kelas bermula juga berubah hari pertama 9.30 pagi, hari kedua 10 pagi. Ibu bapa terpaksa sentiasa menunggu maklumat dan kemas kini dari guru,” katanya yang terpaksa membeli telefon bimbit untuk anaknya.

Shahidah berkata, ada ibu bapa yang terpaksa ‘belajar’ aplikasi Google classroom dan sebagainya untuk membantu anak masing-masing menyiapkan tugasan, terutama yang memerlukan mereka merakam video.

Norazah Muda, 49, yang juga seorang ahli perniagaan berkata, anak bongsunya yang sepatutnya memasuki Tingkatan Satu di sebuah sekolah agama swasta berasrama di Negeri Sembilan belum memulakan PdPR untuk tahun ini, setakat hari ini.

“Saya risau untuk belikan telefon bimbit atau komputer riba kepada anak saya, kerana berdasarkan pengalaman saya pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, anak saya sangat obses permainan video malah turut membeli-belah dalam talian ketika tiada kelas,” katanya.

Norazah berkata ketika PKP tahun lepas beliau hanya membenarkan anaknya membuat kerja rumah dan belajar menggunakan telefon bimbit miliknya.

Seorang ibu di JOHOR Hairunnisak Aman, 39, yang mempunyai anak berusia enam, lapan dan 10 tahun, berkata PdPR bukan sahaja menuntut disiplin tinggi murid, malah ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam memastikan anak-anak tidak tercicir.

“Agak mencabar kerana memerlukan komitmen tinggi untuk menyertai sesi ‘Google Meet’, ‘Google Classroom’, Telegram, WhatsApp, untuk tiga anak yang kesemuanya bersekolah rendah secara serentak, namun, buat masa ini, saya masih boleh ‘curi-curi’ masa memantau mereka,” kata pengusaha katering itu ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Sebaran intipati Mesyuarat MPT Bersatu palsu – Hamzah Zainudin

KUALA LUMPUR, 6 Mac  - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini menyatakan maklumat yang didakwa intipati Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada...

Dua Bekas ADUN DAP Sertai BERSATU

Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Perak hari ini menyertai BERSATU. Perkara itu dimaklumkan Setiausaha BERSATU Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin. Mereka adalah ADUN...

Bayaran Ujian Pengesanan COVID-19 Dikecualikan Untuk 18,600 Pelajar IPT

Kerajaan mengecualikan fi atau bayaran ujian pengesanan COVID-19 untuk sejumlah 18,600 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari Sabah, Sarawak, Labuan dan Semenanjung yang tergolong...

Putusnya Hubungan UMNO-BERSATU Ada Implikasi Besar

BERSATU berpandangan bahawa pendirian UMNO untuk tidak lagi bekerjasama akan memberi kesan besar terhadap kedua-dua parti itu pada masa hadapan. Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri...

Setahun Usia PN, BERSATU Seru Stabilkan Gagasan

BERSATU melihat tempoh setahun selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah berjaya memperlihatkan semangat kerjasama di antara parti-parti yang terlibat. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah...