KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyyiddin Yassin hari ini memaklumkan pembentukan kerajaan pusat dapat dilakukan segera.
Menerusi satu hantaran di laman sosialnya, Muhyiddin turut berkongsi gambar pertemuannya dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di kediamannya hari ini.
“Insya-Allah, kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat.”
Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan pembentukan Kerajaan Persekutuan.
Rundingan juga sedang dibuat dengan parti-parti lain yang sehaluan dan ahli Parlimen bebas, kata Muhyiddin.