Muhyiddin Bimbang ‘Hilang Maruah’ Jika Berunding Tentang Peruntukan

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) lebih rela menanggung risiko daripada berunding dengan kerajaan dalam soal peruntukan kawasan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi juga percaya Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berasa akan berasa malu jika rundingan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan untuk berbincang peruntukan wakil rakyat.

Bahkan Muhyiddin juga rela menanggung risiko Ahli-ahli Parlimen dari Bersatu menyokong Anwar.

“Lagi pun PN masih bernafsu untuk ambil alih Putrajaya melalui pintu belakang.

“Muhyiddin juga yakin dia boleh kembali jadi perdana menteri. Maka apa perlunya berunding?” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Setakat ini, seramai lima Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan secara terbuka kepada Perdana Menteri.

Mereka ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Mohd Puad menambah, perkara paling pokok adalah Muhyiddin berasa amat aib dengan UMNO.

Menurut beliau, berunding dengan Anwar umpama mengemis dengan UMNO kerana parti itu adalah co-pilot Kerajaan Perpaduan.

BBerkaitan

Latest articles