MIC Tak Bertanding Kerana Yakin Potensi UMNO Dalam PRN

KUALA LUMPUR: Tidak menjadi isu apabila MIC memutuskan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri M Saravanan.

Ujarnya lagi, situasi yang sama pernah dilakukan MIC ketika berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highland pada 2019, yang menyaksikan kerusi tradisi parti itu diberikan kepada calon UMNO dan berjaya dimenangi Barisan Nasional (BN) pada PRK itu.

Ini kerana PRN kali ini juga MIC melihat peluang untuk UMNO menang di kerusi-kerusi yang dipertandingkan lebih cerah.

“Tidak timbul soal kita memboikot (PRN)…kita ambil semangat atau spirit Cameron Highland (PRK)…kita lihat peluang UMNO menang lebih cerah…jadi kita beri laluan pada mereka bertanding.

“Keputusan ini ialah soal kemenangan BN… kemenangan BN lebih penting daripada kemenangan parti secara individu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam ini, di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini.

BBerkaitan

Latest articles