Menteri Arah Pulau Pinang Ikut PKPP Yang Telah Diwartakan

Kesemua negeri di Malaysia, termasuk Pulau Pinang perlu mengikut peraturan di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mengatakan negeri itu akan mengadakan mesyuarat majlis keselamtan negeri untuk mengkaji pelaksanaan PKPP.

“Saya pun tak faham statement ketua menteri Penang ni. Dia nak ikut akta mana? Yang pertama saya katakan bahawa PKPB yang diwartakan, peraturan-peraturan akan terbatal pada 9hb kerana kawalan baru PKPP akan diwartakan dan mula berkuatkuasa pada 10hb.

“Maka peraturan lama akan terbatal dengan sendiri. Jadi dia nak ikut yang mana? Tentulah kena ikut PKPP.

“Negeri tak boleh buat peraturan lain kerana mana-mana akta peraturan negeri yang bertentangan dengan federal akan terbatal dengan sendiri, jadi tak ada pilihan. Negeri perlu akur dengan Akta PKPP ini.

“Jadi saya harap kerajaan negeri, difahamkan mereka akan ada mesyuarat Rabu, akan guna pakai Akta 342 ini,” jelasnya di sidang medianya, hari ini.

Chow pada semalam memberitahu kerajaan negeri akan mengadakan satu mesyuarat khas untuk melaksanakan PKPP di Pulau Pinang pada esok.

BBerkaitan

Latest articles