Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan JMB Icon Residence Untuk Tangguh Keputusan Tribunal Dengan Kos

Kuala Lumpur, 14 Januari 2025 – Mahkamah tinggi hari ini menolak permohonan Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) Residence Icons untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Tribunal bertarikh 5 April 2024.

Perkara itu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi, YA Dato Amarjeet Singh A/L Serjit Singh, yang turut mengarahkan JMB membayar kos sebanyak RM5,000.

Di dalam kes yang berjalan hari ini, JMB yang telah memohon penangguhan keputusan Tribunal sementara menunggu penyelesaian rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, pihak mahkamah menolak permohonan tersebut berdasarkan hujahan utama bahawa keputusan Tribunal sebelum ini hanya menolak tuntutan JMB tanpa memberikan arahan kepada mana-mana pihak untuk melaksanakan sesuatu tindakan.

Selain itu, pihak pembelaan juga berhujah bahawa isu ini telah pun diputuskan sebelum ini di mana pada 8 November 2024, YA Wan Ahmad Farid telah menolak permohonan JMB yang serupa.

Hakim bersetuju dengan hujah tersebut dan menegaskan bahawa tidak ada apa-apa yang perlu ditangguhkan dalam keputusan Tribunal itu.

Susulan keputusan mahkamah, pihak pembelaan akan menyediakan draf perintah untuk mendapatkan kelulusan pihak lawan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Pada 8 November lalu, Mahkamah Tinggi (Bahagian Kuasa-Kuasa Khas) menolak permohonan semakan kehakiman oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) Icon Residence Mont Kiara yang mencabar keabsahan pelantikan Badan Pengurusan (MC) untuk mengambil alih pengurusan kondominium itu, seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Bangunan (COB).

Hakim, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menyatakan peranan pengurusan akan beralih sepenuhnya kepada Perbadanan Pengurusan, yang ditubuhkan menerusi Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pertama pada 23 Disember 2023.

Mahkamah juga memerintahkan agar JMB segera memindahkan baki dana dalam akaun penyelenggaraan dan akaun dana simpanan kepada Perbadanan Pengurusan serta menyerahkan semua aset, liabiliti, dokumen, dan rekod yang berkaitan.

Selain itu, mahkamah menegaskan bahawa surat dari Pesuruhjaya Bangunan (COB) bertarikh 19 April 2024, yang sebelum ini mempertikai kesahan AGM dan Perbadanan Pengurusan, kini tidak lagi relevan selepas keputusan mahkamah ini.

BBerkaitan

Latest articles