‘Pendakwaan Mesti Berserta Bukti Kukuh, Siasatan Telus’ – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan tidak mempunyai sebarang halangan untuk memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya terdapat bukti kukuh bagi mendakwa mana-mana pemimpin kanan parti berkenaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun sebarang proses tindakan atau pendakwaan perlulah didahului dengan siasatan yang dilaksanakan secara adil dan telus.

Beliau mengulas desas-desus mengenai dakwaan kononnya terdapat pemimpin kanan UMNO akan ditangkap dan ditahan oleh pihak berkuasa selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 berakhir.

“Saya tidak mendapat maklumat rasmi lagi mengenai perkara itu.

“Tetapi pendirian kami ialah sekiranya ada bukti-bukti yang kukuh untuk pendakwaan dilakukan, kita tidak ada sebarang halangan untuk memberikan kerjasama kepada SPRM untuk melakukan pendakwaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, pada Khamis.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menambah, sebarang prosedur perundangan wajar mematuhi tatacara siasatan yang sedia ada sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

“Tetapi lazimnya sebelum pendakwaan itu dilakukan, tentunya ia dimulakan dengan siasatan, dan siasatan itu hendaklah dibuat secara adil dan telus,” tegasnya.

BBerkaitan

Latest articles