Lupakan Persengketaan Dan “Move On” – Anthony Loke

KUALA LUMPUR: “Saya setuju dengan padangan Presiden UMNO supaya kita “move on” dan lupakan kisah silam demi negara,” demikian kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Loke berpandangan, apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi cukup memadai untuk semua bergerak ke hadapan dan melupakan persengketaan yang lalu.

“Saya setuju bahawa kita perlu lupakan kisah silam dan bersama-sama demi negara. Jadi itu mesej yang telah saya dapat dari ucapan beliau.

“Sudah tentu kepimpinan lain dalam kerajaan perpaduan juga mempuyai semangat yang sama, DAP juga mempunyai semangat yang sama iaitu kita hari ini melihat kepada luaran dan dalaman perlunya sebuah kerajaan yang kuat dan stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023, di WTCKL, hari ini.

Turut hadir sama adalah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

Loke berkata, kita telah berbincang dan mencapai persetujuan bersama sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan, justeru beliau mengulangi bahawa semua pihak wajar bergerak ke hadapan.

“Permusuhan ini sentimen ini masing-masing ada di setiap parti, kalau kita mengungkit kisah lama ia tidak akan berkesudahan.

“Jadi kita telah pun membentuk kerajaan lebih daripada enam bulan. Kita telah membincangkan segala persetujuan bersama dan kita pun telah “move on” sejak penubuhan kerajaan Perpaduan. Jadi bagi saya apa yang dinyatakan oleh Presiden UMNO itu amat memadai kerana kita akan terus bergerak ke hadapan,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles