Lim Lip Eng Harus Keluar Menjelaskan Pertanyaan Rakyat, Bukan Buat Laporan Polis Kepada Pihak Yang Bertanya – Ketua Penerangan Pemuda MCA

KUALA LUMPUR – “Kes ini bukanlah berunsur fitnah atau mahu malukan sesiapa, kes ini memang wujud.. bagi saya sebagai seorang Ahli Parlimen beliau sepatutnya menjelaskan isu ini kerana turut membabitkan seorang pegawai khas kepada beliau.

“Jika ada perkara yang tidak betul, maka jawab secara terbuka bukan dengan melaporkan kepada polis terhadap saya yang menanyakan kepada beliau bagi pihak orang awam,”

Itu kata ketua Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong yang kesal dengan laporan polis yang diterimanya ekoran pertanyaan yang dibuatnya mengenai salah laku dan skandal yang membabitkan badan pengurusan bersama (JMB) sebuah kondomimium berstrata di Mont Kiara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Neow beliau mendapat panggilan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk datang memberikan keterangan atas laporan yang telah dibuat oleh YB Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng ke atas dirinya selepas beliau mengeluarkan pertanyaan mengenai skandal JMB, di Kondominium di Month Kiara Kuala Lumpur katanya ketika ditemui  di luar perkarangan IPD Sentul

 

“ Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah kenyataan saya adalah memohon supaya YB Lim Lip Eng keluar memberikan penjelasan dan juga penerangan kepada orang awam khususnya pihak penduduk di Kondominium Month Kiara Residence itu kerana ia melibatkan dakwaan skandal, penipuan , pemberian kontak tanpa tender oleh JMB dan sebagainya

“ Isu-isu ini dengan bukti yang ada, dan satu laporan yang dibuat oleh penduduk di situ kepada badan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu oleh para penduduk di situ.

Tambahnya sebagai seorang pemimpin, dan seorang ahli Parlimen, beliau harus mempunyai tanggungjawab memberi penjelasan kepada rakyat, khususnya kepada penduduk di Mont Kiara itu yang telah berasa tertipu oleh pihak JMB ini katanya.

Kenyataan saya adalah jelas, saya hanya mahukan penjelasan daripada beliau, kerana perkara ini sekiranya tidak dijelaskan dengan baik, ianya akan melibatkan dan merosakkan imej Kerajaan perpaduan.

MCA sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan mengeluarkan kenyataan ini bertujuan agar nama baik Kerajaan ini dijaga dan jika ada perkara yang tidak betul, maka jawablah secara terbuka bukan dengan melaporkan kepada pihak PDRM terhadap dirinya yang bertanyakan soalan kepada beliau bagi pihak orang awam.

Jelas Neow lagi, Ahli Parlimen DAP itu jangan pula hendak mengiayakan persepsi rakyat terhadap parti itu yang berkuasa kini.

” Jangan pula kamu hendak mengiayakan persepsi rakyat bahawa kamu sekarang berkuasa, dan kamu salah guna kuasa, rakyat langsung tidak boleh bersuara dan ini bukan demokrasi dan ini bercanggah sama sekali dengan konsep CAT yang mereka banga-bangakan selama ini

” Jika beliau seorang ahli parlimen yang bertanggungjawab, keluar memberikan penjelasan kepada orang ramai, kepada rakyat, bukan kepada saya , bukan membuat laporan kepada saya

Jika dia seorang seorang wakil rakyat, tidak boleh menerima sebarang pertanyaan, maka soalan itu wajar ditanya kepada dirinya sama ada beliau masih layak digelar seorang wakil rakyat katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles