Lelaki Bunuh Ibu Bapa Kerana Dadah Didakwa Hari Ini

KUALA LUMPUR: Anak lelaki kepada pasangan suami isteri warga emas yang mati dibunuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.

Bagaimanapun tertuduh, Afendi Muhammad Agus @ Muhamed Ali, 42, kelihatan sayu dan mengangguk kepala tanda faham ketika pertuduhan itu dibacakan.

Bagaimanapun, tidak ada sebarang pengakuan direkodkan oleh penagih dadah berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Majistret, Wong Chai Sia.

Berdasarkan kertas pertuduhan, suspek melakukan perbuatan itu di rumah mangsa di Kampung Sungai Penchala, Jalan Penchala Hilir 6 pada pukul 7.10 dan 7.20 malam 9 Disember lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman mati mengikut Sesyen 304 Kanun Keseksaan.

Tertuduh tidak diwakili peguam dan Timbalan Pendakwa Raya Vivien Yeap Jie Xi mengendalikan pendakwaan hari ini.

Hakim kemudian menetapkan 31 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Dalam kejadian Sabtu malam minggu lalu, tertuduh yang mempunyai sembila rekod dadah membunuh ibu dan bapanya yang berumur antara 72 dan 82 tahun, dengan kedua-dua mangsa ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah dengan beberapa kesan tikaman.

BBerkaitan

Latest articles