Lebih 30,000 Burung Jadikan Pulau Bangau Di Teluk Intan Habitat Untuk Membiak

Ada sebuah pulau kecil di tengah-tengah Sungai Perak di daerah Teluk Intan, menjadi tempat tinggal lebih 30,000 ekor burung yang biasa dekat dengan kawasan berair dan ia amat unik serta sesuai untuk menjadi lokasi tarikan pelancongan bertaraf dunia.

Pulau berkenaan dikenali dengan nama Pulau Bangau kerana ia sinonim dengan jumlah burung jenis bangau yang amat banyak membiak di situ termasuk dengan lebih 10 spesis burung lain termasuk burung hijrah.

Pengusaha River Cruise Teluk Intan Muhammad Sahril Mustafa berkata beliau yang mengusahakan pakej pengalaman menyusuri Sungai Perak di Teluk Intan dengan bot begitu kagum dengan keadaan Pulau Bangau yang penuh dengan burung-burung yang cantik dari spesis bangau yang tinggal di pulau itu.

BACA JUGA – Apa Sahaja Strategi Mahathir Adalah Demi Menaikkan Mukhriz, Kata Najib

“Ada pulau lain di sekitar kawasan ini tetapi burung-burung ini tetap memilih Pulau Bangau sebagai tempat tinggal mereka untuk membiak, mencari makanan dan hidup dengan baik di situ.

Burung spesis Purple Heron berehat di atas pokok yang tinggi di atas Pulau Bangau di Sungai Perak, Teluk Intan.

“Ada kumpulan yang membuat kajian dari penggemar burung dan mereka mengatakan ada kira-kira 30,000 ekor burung di atas pulau ini sahaja,” katanya kepada The Rakyat Insight (TRI).

TRI membuat tinjauan ke lokasi berkenaan di Teluk Intan Jumaat lepas untuk melihat suasana pelancong tempatan yang sudah mula bercuti di dalam negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan yang membolehkan orang ramai kini merentas negeri untuk melancong.

Bandar Teluk Intan amat kaya dan terkenal dengan khazanah air iaitu Udang Galah yang amat popular di sini.

Muhammad Sahril berkata, pada waktu petang menjelang senja ada satu fenomena yang amat cantik iaitu formasi burung bangau terbang dengan banyak dengan gerakan yang cantik melibatkan burung bangau yang banyak.

“Burung bangau ini akan terbang mengikut formasi untuk pulang ke Pulau Bangau selepas keluar mencari makanan dan orang ramai yang mengikuti pakej menyusuri Sungai Perak amat meminati fenomena ini.

Tiga ekor anak burung jenis Egret sedang berehat di dalam sarangnya di Pulau Bangau di Sungai Perak di Teluk Intan, Perak. Foto The Rakyat Insight.
Suasana di Pulau Bangau. Warna-warna putih yang kelihatan ialah burung-burung yang mendiami pulau kecil itu dan bertelur di atas pulau berkenaan. Foto The Rakyat Insight.

“Di Pulau Bangau, kira-kira 30,000 hingga 40,000 ekor burung akan datang di situ dan menjadikan Pulau Bangau sebagai habitat mereka, tempat ia bertelur, tempat ia berehat dan tinggal dengan elok,” katanya.

Di pulau berkenaan, antara spesis burung tempatan ialah Chinese Egret, Great Egret, Cattle Egret, Little Egret, Black Crowned Ninght Heron, Grey Heron, Yellow Bittern dan Striated Heron.

Ada juga spesis burung hijrah yang datang ke pulau berkenaan untuk singgah iaitu Asian Open Bill Heron dan ada spesis burung hijrah yang baru sampai ke Pulau Bangau berkenaan iaitu Little Cormorant dan Lesser Adjutant singgah di pulau berkenaan.

Pengunjung teruja apabila menaiki bot dan tidak sampai 3 kilometer dari jeti dan dari bandar Teluk Intan anda boleh sampai ke Pulau Bangau dan melihat keindahan burung-burung yang cantik serta terpelihara di sana.

BBerkaitan

Latest articles