Lebih 1,000 Orang Sudah Menaiki Melaka River Cruise Sejak Mula Dibuka Semula

Dilaporkan lebih 1,000 orang pengunjung telah kembali menaiki dan merasai pengalaman bersama Melaka River Cruise sejak mula dibuka Jumaat lepas, lapor portal Melaka Hari Ini.

Jurucakap Melaka River Cruise (MRC) berkata sejak operasi bot persiaran itu kembali dibuka semula pada 12 Jun, seramai 1,129 orang pelancong domestik dan 41 orang pelancong asing telah menaikinya untuk menyusuri Sungai Melaka.

“Jumlah ini direkodkan sehingga Ahad lalu, ini menunjukkan pelancong sudah mula memasuki Melaka dan berkunjung ke destinasi-destinasi pelancongan yang ada di negeri ini,” katanya menurut portal berkenaan.

Beliau berkata MRC menyasarkan seramai 500,000 pengunjung bakal menaiki bot ‘river cruise’ sehingga hujung tahun ini.

Katanya, sasaran itu bagi membantu merancakkan industri pelancongan di negeri ini sekali gus meningkatkan ekonomi negeri.

Menurutnya lagi, pengunjung juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi ‘Melaka eXcess’ baggi mendapat tawaran yang disediakan MRC seperti Pakej Cunn iaitu pembelian dua tiket MRC dan Pakej Kombo (8 dalam 1).

“Melalui pakej itu pengunjung memperolehi empat keping tiket ke lapan lokasi pelancongan iaitu MRC, Menara Taming Sar (MTS), lima muzium dan satu galeri dan tiket sah sehingga 2023.

“Pelbagai aktiviti dan peraduan hebat ditawarkan menerusi aplikasi itu termasuklah berpeluang memenangi hadiah utama sebuah kereta Perodua Alza dengan pembelian minimum tiket hanya RM50,” jelasnya.

BBerkaitan

Latest articles