KUSKOP Sasar Lahirkan Lebih Ramai Usahawan Dalam Kalangan Bekas Banduan, Penagih Dadah – Noh Omar

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan untuk melahirkan lebih banyak usahawan yang terdiri daripada bekas banduan, bekas penagih dadah dan Orang Kurang Upaya (OKU) serta belia, menerusi Program Usahawan Kluster Baru.

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata program berkenaan yang dilancar hari ini anjuran Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK) diharap dapat menarik lebih ramai bakal usahawan daripada golongan itu bagi memberi mereka peluang kedua dan kembali kepada masyarakat.

“Saya harap dengan kerjasama PERGAK ini dan Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan ditandatangani dengan TEKUN, maka program yang sedia ada ini kita akan mendapat sambutan lebih baik, akan lebih berkesan dan ada pemantauan untuk memastikan mereka benar-benar terlibat dan kembali kepada masyarakat.

Menurut Noh lagi Sehingga 30 april 2022, sebanyak RM 531,500.00 telah dikeluarkan kepada 35 peminjam bekas banduan bagi memulakan perniagaan di seluruh negara

Menurutnya untuk pembiayaan kepada aadk, sehingga 30 april 2022, sebanyak RM 773,000.00 telah dikeluarkan kepada 58 peminjam AADK manakala untuk skim pembiayaan peluang kedua, sehingga 30 april 2022, sebanyak rm 65,000.00 telah dikeluarkan kepada 5 peminjam.

Ujarnya lagi bagi golongan oku pula, sebanyak rm 12,227,500.00 telah dikeluarkan oleh tekun kepada 1,149 usahawan oku sehingga 30 april 2022 katanya ketika merasmikan program usahawan Kluster Baharu daripada bekas banduan, bekas penagih, orang kurang upaya (OKU) dan belia di Four Season Hotel, kuala lumpur anjuran pertubuhan rakan Ghullam kembali (PERGAK) dan Straits Millennium Sdn Bhd serta Ghullam Development disini hari ini.

Menurutnya menerusi program ini beliau berharap ekosistem keusahawanan di negara ini dapat diperkukuhkan lagi, sejajar dengan strategi dasar keusahawanan nasional 2030 (DKN 2030).

Semoga hasrat untuk memberikan sokongan kepada golongan sasaran akan mengggalakkan pertumbuhan usahawan-usahawan baharu dalam menyokong agenda pembangunan ekonomi negara katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi PERGAK Dato Sri Siti Murni Sheikh Ahmad berkata sebelum ini hala tuju I-Kembali adalah menempatkan peserta-peserta di dalam industri Perkilangan, Perkhidmatan, Pembinaan, Pertanian dan Perladangan tetapi kali ini fokus untuk melahirkan golongan sasar ini supaya menjadi usahawan industri dan usahawan tani.

“Untuk merealisasikan tujuan ini, pihak kami dengan kerjasama Straits Millennium Sdn Bhd akan melahirkan 100 usahawan Grocer Mart, pasaraya 100 peratus milik Bumiputera.

“Sasaran pada masa hadapan, pihak kami akan mensasarkan lebih ramai usahawan industri dalam pelbagai sektor seperti Kafe Food Truck, Perkhidmatan Auto Spa Kereta, Perkhidmatan Gunting Rambut dan Perkhidmatan Servis Penghawa Dingin,” katanya.

katanya, program advokasi industri ini telahpun membuktikan bahawa mereka boleh bangkit berubah dan boleh berhijrah agar mereka mendapat peluang kedua berada dalam kelompok masyarakat.

“Bukan mudah nak buat pembetulan kepada mereka. Dan bukan mudah untuk membawa mereka balik semula kepada masyarakat. Satu cabarannya bagaimana nak mendidik mindset mereka, bagaimana nak settlement kelangsungan hidup mereka, dan bagaimana untuk saya mengatasi mereka mengikuti program saya selama 12 bulan.

“Alhamdulillah, ramai yang telah berjaya dan saya pula telah merencanakan untuk mereka sebelum program ini bermula. Ini kerana saya memikirkan bagaimana nak menjadikan mereka usahawan baru di kalangan golongan sasar katanya

BBerkaitan

Latest articles