KKM Nafi Dakwaan Pelaksanaan PKP Tidak Mengikut Lunas Undang-undang

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menafikan  kononnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan Persekutuan adalah tidak mengikut lunas undang- undang

Di dalam satu kenyataan, menterinya Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata buat masa ini wabak COVID-19 dikategorikan di bawah Perkara 30, Jadual Pertama, Akta 342 iaitu “apa- apa jangkitan microbial yang mengancam nyawa.

” KKM ingin menjelaskan, wabak COVID-19 merupakan pandemik baharu yang berlaku di seluruh dunia. Buat masa ini wabak COVID-19 dikategorikan di bawah Perkara 30, Jadual Pertama, Akta 342 iaitu “apa- apa jangkitan microbial yang mengancam nyawa.”

kenyataan itu juga turut menafikan dakwaan bahawa wabak COVID-19 tidak diwartakan sebagai penyakit berjangkit di bawah Jadual Pertama, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

” Pindaan kepada Jadual Pertama, Akta 342 bagi menyenaraikan wabak COVID-19 sebagai penyakit berjangkit perlu dibuat melalui kuasa Menteri di bawah Seksyen 30, Akta 342 kata kenyataan itu lagi.

Pada 16 Mac lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.

Beliau berkata, perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

dan sehingga kini Perintah berkenaan terus disambung dan kini memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang akan tamat pada 9 Jun nanti.

Dalam pada itu Perdana Menteri akan mengumumkan pelan pemulihan ekonomi jangka pendek pada jam 5 Jun 2020 pada jam 3 petang.

 

 

 

BBerkaitan

Latest articles