“Kita Di Pihak Yang Benar” – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang meminta supaya penyokong parti dan gabungan itu untuk kekal tenang kerana pimpinan sedang mengusahakan sesuatu.

Malah Presiden PAS itu juga memaklumkan PN masih di hadapan ketika ini dalam usaha untuk membolehkan gabungan itu membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Mereka merancang. Allah merancang. Kita di pihak yang benar. Insya-Allah kita terpelihara, negara terpelihara,” katanya menerusi Twitter.

Dipercayai ciapan Abdul Hadi itu mungkin merujuk kepada usaha pemilihan PM10 yang mana dilaporkan ketika ini Pakatan Harapan (PH) dijangka membentuk Kerajaan Perpaduan dengan sokongan Barisan Nasional (BN).

Hari ini menyaksikan Istana Negara menganjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bagi membolehkan Yang di-Pertuan Agong mendapatkan pandangan mengenai pelantikan Perdana Menteri Ke-10 dan pembentukan kerajaan.

Bagaimanapun, perkembangan terbaru menunjukkan PH mungkin bergabung dengan BN yang menang 30 kerusi untuk membentuk Kerajaan Perpaduan selaras yang disarankan Yang di-Pertuan Agong.

BBerkaitan

Latest articles