Kes positif COVID-19 global lebih 83.8 juta, korban 1.82 juta

HARI kedua tahun 2021 menyaksikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global melepasi angka 83.83 juta.

Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 20 juta kes.

Ini diikuti India dengan 10.28 juta kes dan Brazil dengan 7.67 juta kes.

Angka positif di Rusia kini melangkaui 3 juta kes, manakala negara yang melepasi angka 2 juta kes ialah Perancis, United Kingdom (UK), Turki dan Itali.

Sepanyol, Jerman, Colombia, Argentina, Mexico, Poland, Iran, Ukraine, Afrika Selatan dan Peru pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Manakala Belanda, Indonesia, Belgium, Romania, Chile, Iraq, Kanada dan Bangladesh pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 400,000 kes termasuk Pakistan, Filipina, Switzerland, Maghribi, Israel, Portugal, Sweden, Arab Saudi, Austria, Serbia dan Hungary.
Sejumlah 37 negara lain merekodkan angka positif di antara 100,000 dan 300,000 kes termasuk Malaysia.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 1.82 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 346,000 kes.

Ini diikuti Brazil, India dan Mexico yang merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, United Kingdom, Perancis, Rusia, Iran dan Sepanyol.

Manakala negara yang merekodkan di antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian ialah Argentina, Colombia, Peru dan Jerman.

Poland, Afrika Selatan, Indonesia dan Turki pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.

BBerkaitan

Latest articles