Utama BERITA Kenapa Kit Siang Tak Bising Pasal Tommy Thomas?

Kenapa Kit Siang Tak Bising Pasal Tommy Thomas?

0

KUALA LUMPUR: Adakah Lim Kit Siang ‘terhutang budi’ dengan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang bertindak menggugurkan kes rasuah pembelian banglo membabitkan Lim Guan Eng?

Demikian persoalan yang ditimbulkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi berhubung serangan Ahli Parlimen Iskandar Puteri terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan dakwaan pemilikan saham.

”Apakah dia buta, bisu dan pekak dalam isu Tommy Thomas? Isu Azam Baki dia memekak pula,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Apatah lagi Kit Siang juga dikaitkan dalam perlantikan Tommy sebagai Peguam Negara semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Itu disebut oleh Tommy Thomas dalam memoirnya. Patutlah pun,” ujarnya.

Baru-baru ini, Tommy menulis kepada Pengerusi Pasukan Petugas Khas, Fong Joo Chung yang ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan dibuatnya dalam buku, “My Story: Justice in the Wilderness” bahawa beliau tidak bersedia bekerjasama untuk menyiasat dakwaan dibuatnya dalam buku tersebut.

Siasatan itu bagi menyiasat dakwaan melibatkan isu pelantikan hakim, campur tangan berlebihan oleh cabang eksekutif kerajaan dalam sistem kehakiman dan pendakwaan terpilih.

Selain menyifatkan pasukan itu akan memberi risiko kepada kebebasan Peguam Negara, Thomas juga berpandangan bahawa Fong adalah bekas Peguam Besar Negeri Sarawak dan berpangkat lebih rendah daripada Peguam Negara.

Lantaran itu, beliau tidak dihakimi oleh sebayanya.



Exit mobile version