Kecoh Di PKRC, Dua Pesakit COVID-19 Curi Telefon Bimbit

Polis menahan dua lelaki yang sedang menjalani rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Pesakit Covid 19 (PKRC) MAEPS, Serdang selepas dakwaan berlaku kecurian beberapa telefon bimbit milik pesakit-pesakit di pusat berkenaan.

Terdahulu polis menerima laporan daripada pegawai perubatan yang mendakwa berlaku kekecohan dalam kalangan pesakit di dewan tersebut.

Ketua Polis Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Razali Abu Samah memaklumkan, dua lelaki yang juga pesakit COVID-19 itu telah dipindahkan ke Dewan DG bagi tujuan keselamatan.

Keempat-empat telefon bimbit yang disyaki dicuri daripada pesakit-pesakit di pusat berkenaan telah dirampas oleh pegawai perubatan tersebut.

Razali berkata, suspek kedua yang dibenarkan keluar dari PKRC pada hari ini akan ditahan untuk siasatan lanjut.

Manakala suspek pertama berusia 24 tahun ditahan esok sebaik sahaja dibenarkan keluar.

Kedua-duanya akan disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Latest articles

Related articles

spot_img