BN Kuasai 15 DUN, Yakin Bentuk Kerajaan Melaka

MELAKA: Barisan Nasional (BN) mendakwa sudah memperoleh 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperlukan untuk membentuk kerajaan Melaka, sekali gus mengisytiharkan kemenangan tidak rasmi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata empat lagi kerusi yang dikatakan berjaya diraih BN ialah Kuala Linggi, Serkam, Rembia dan Gadek.

Menurutnya, kemenangan di Gadek menjadi penentu apabila gabungan itu mendakwa berjaya melengkapkan jumlah minimum kerusi bagi membentuk kerajaan negeri.

“Secara tidak rasmi kita berjaya menubuhkan kerajaan Melaka secara tidak rasmi membabitkan BN dan Perikatan Nasional (PN).

“Kita mencukupkan angka untuk menubuhkan kerajaan melalui DUN ke-15 iaitu di Gadek,” katanya.

Sebelum ini, Asyraf Wajdi turut mendakwa BN mendahului di 11 DUN lain, iaitu Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Tabuh Naning, Asahan, Sungai Udang, Duyong, Rim, Sungai Rambai, Merlimau dan Machap Jaya.

BBerkaitan

Latest articles