SPR Sahkan BN Menang 15 Kerusi, Bentuk Kerajaan Melaka

MELAKA: Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk Kerajaan Negeri Melaka selepas memenangi 15 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Melaka Ke-16.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan media pada Sabtu memaklumkan, keputusan keseluruhan pengundian sehingga jam 9.40 malam menyaksikan BN memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, keputusan itu membolehkan BN membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

“Parti Barisan Nasional (BN) telah memenangi sejumlah 15 kerusi daripada 28 kerusi yang diperuntukkan dan dengan ini telah berjaya memperoleh suatu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan.

“Oleh itu, Parti Barisan Nasional (BN) boleh membentuk kerajaan dengan keputusan majoriti mudah,” katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.

Dalam pada itu, SPR memaklumkan proses pengundian PRU DUN Melaka Ke-16 berjalan dengan baik dan lancar.

BBerkaitan

Latest articles