KUALA LUMPUR: Patutlah semakin ramai orang kemaruk hendak membuat akaun aplikasi TikTok kerana jika berjaya popular ia boleh menjadi satu cara untuk mencari rezeki dan mendapat bayaran yang banyak serta mewah.
Bukan sahaja bayaran diterima untuk mengiklankan sesuatu produk tetapi untuk ditemubual oleh wartawan dan portal berita juga boleh dapat bayaran.
Seorang pencipta kandungan di Tiktok atau lebih dikenali sebagai Tiktoker dengan akaun @kelvinray19 mengenakan bayaran RM500 untuk satu jam untuk ditemubual secara rakaman video.
Portal berita ada menghubungi beliau untuk mengadakan temubual berkaitan videonya di Tiktok yang popular mengajuk pelakon veteran Allahyarham S. Shamsuddin yang pernah berlakon di samping Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam trio Bujang Lapok.
Pada mulanya beliau bersetuju tetapi kemudian bertanyakan berapa bayaran yang akan diberikan kepadanya untuk temubual berkenaan.
Menurutnya, untuk menjemputnya untuk rakaman video ada nilai tertentu perlu dibayar dan ia adalah RM500 sejam.
“Ada encik, sebab itu saya tanya encik berapa, standard saya RM500 1 jam,” katanya menerusi perbualan Whatsapp.
Dengan menghasilkan video kandungan di Tiktok, seorang Tiktoker boleh menerima bayaran lumayan dengan mempromosikan produk, iklan dan mungkin untuk ditemubual.
Susulan itu, pihak media membatalkan rakaman temubual berkenaan kerana tidak mampu membayar Kelvin mengikut jumlah yang beliau mahu.
Bagi stesen televisyen atau agensi berita yang hendak menemubual Kelvin, harga beliau ialah RM500 sejam.
Di Tiktok, Kelvin ada lebih 700,000 pengikut dengan kebanyakan videonya sudah ditonton lebih dari 1 juta kali dan menerima ratusan ribu Likes.
Tidak hairanlan, Tiktok begitu popular dan menjadi kegilaan sekarang ini.