JPN, PPD Diminta Sedia Laporan Penuh Susulan Kematian Mengejut Pelajar

KUALA KANGSAR: Kerajaan Negeri Perak mengarahkan pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Kangsar dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menyediakan laporan penuh berhubung kematian mengejut seorang pelajar di sebuah sekolah di daerah ini, hari ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, beliau bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan mengenai insiden itu ketika menghadiri mesyuarat di Seri Iskandar, kira-kira jam 5 petang.

Beliau berkata, pihaknya sudah meminta semua pihak berkaitan menyediakan laporan lengkap bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kejadian berkenaan.

“Saya tidak akan mengulas lanjut mengenai kejadian ini bagi menghormati keluarga mangsa dan memastikan proses undang-undang berjalan dengan sewajarnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam ini.

Pada masa sama, beliau mewakili kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di sini dipercayai ditemukan meninggal dunia dalam kawasan sekolah berkenaan.

Jenazah mangsa dipercayai dibawa ke Hospital Taiping untuk proses bedah siasat.

BBerkaitan

Latest articles