Ismail Sabri Hadir Ke SPRM, Rakam Keterangan Kali Keenam

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung siasatan yang sedang dijalankan.

Ahli Parlimen Bera itu tiba pada jam 9.54 pagi, dan sempat melambaikan tangan kepada para pemberita yang menunggu di pekarangan bangunan sebelum memasuki bangunan ibu pejabat agensi berkenaan.

Baru-baru ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan bahawa beberapa fail baharu telah dibuka bagi menyiasat Ismail Sabri susulan maklumat dan hasil risikan terkini yang diperoleh pihaknya.

Ismail Sabri dikaitkan dengan penemuan wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang serta 16 kilogram jongkong emas yang ditemui di sebuah safe house hasil serbuan SPRM.

Kes ini disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

BBerkaitan

Latest articles