Ibu Mengaku Tak Bersalah Simbah Air Panas Pada Anak Yang Habiskan Data Internet

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah dituduh menyimbah air panas terhadap anaknya sehingga mendatangkan kecederaan parah, tahun lalu, selepas berang mangsa menghabiskan data internetnya.

Wanita berusia 37 tahun itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini.

Bagaimanapun tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan, ibu anak empat itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap anak lelakinya berusia 13 tahun dengan cara menyimbah air panas ke arah mangsa.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 2.56 pagi di sebuah rumah di taman perumahan tentera di Sungai Udang pada 27 Jun 2022.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau dengan sebat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama.

Mengikut kertas pertuduhan, kejadian berpunca apabila mangsa yang juga anak kedua daripada empat beradik menghabiskan data internet untuk kegunaan adiknya menyebabkan ibunya berang sehingga sanggup bertindak demikian.

Laporan polis dibuat oleh ibu kepada rakan kanak-kanak itu selepas terlihat baju sekolah mangsa mempunyai kesan melekit dengan kesan luka, dipercayai akibat disimbah air panas.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Nazrin Ali Rahim memohon tertuduh tidak dibenarkan jaminan mengambil kira faktor dia tinggal serumah dengan mangsa.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun tidak membuat sebarang rayuan bagi jaminan.

Mahkamah kemudian bersetuju dengan pihak pendakwaan dan menetapkan tarikh 26 Oktober ini sebagai sebutan semula kes.

BBerkaitan

Latest articles